CITYCARPARK LETAK KERETA DI BAHU JALAN TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT (“TERMA DAN SYARAT”)
MAKLUMAT PENTING
  • Citycarpark menawarkan perkhidmatan menjual penggunaan tempat letak kereta di kawasan Daerah Kuala Terengganu yang berada di bawah bidangkuasa Datuk Bandar Kuala Terengganu (“Perkhidmatan”).
  • Terdapat 3 jenis letak kereta; iaitu:
    • Letak Kereta Harian;
    • Pas Bulanan; dan
    • Letak Kereta Khas
  • Sila baca Terma dan Syarat di bawah ini dengan teliti kerana penggunaan Perkhidmatan kami tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk diikat kepada Terma dan Syarat. Sekiranya anda tidak bersetuju kepada mana-mana atau semua Terma dan Syarat, sila JANGAN mengunakan Perkhidmatan kami.
1. TAFSIRAN/TAKRIFAN

1.1 Di dalam Terma dan Syarat:

a. “CityCarPark” dan “kami” merujuk kepada Vista Summerose Sdn Bhd, pembekal Perkhidmatan yang beralamat di Lot PT 40070(1) dan PT 4071(1), Blok G, Pekedaian Ladang Tok Pelam, Jalan SUltan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu;

b. “SST” bermakna cukai barang dan perkhidmatan terkini yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia ke atas pembekalan Perkhidmatan kami;

c. “Terminal” memberi maksud mesin terminal letak kereta elektronik yang dipasang di beberapa lokasi di Daerah Kuala Terengganu yang telah ditentu-ukur  (calibrated) dengan kadar bayaran letak kereta  yang telah ditetapkan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu;

d. “Petak-Petak Letak Kereta” bermakna petak-petak letak kereta di bahu jalan di persekitaran Daerah Kuala Terengganu yang berada di bawah bidangkuasa Datuk Bandar Kuala Terengganu;

e. “Pengguna” bermakna mana-mana pengguna yang ingin letak keretanya di mana-mana Petak-Petak Letak Kereta; dan

f. “Hari Bekerja” bermakna Sabtu sehingga Khamis kecuali Jumaat dan juga hari cuti am yang diwartakan.

2. JENIS-JENIS LETAK KERETA

2.1 Letak Kereta Harian

a. Kadar Letak Kereta Harian di Petak-Petak Letak Kereta boleh dibeli melalui tiga (3) cara yang tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut:

i. Tunai atau Syiling di Terminal

  • Tempoh pembelian minima adalah satu (1) jam.
  • CityCarPark tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, kesalahan atau kecuaian Pengguna di dalam menggunakan Terminal termasuk, tetapi tidak terhad kepada, memasukkan bilangan syiling yang salah dan/atau memasukkan nombor plet atau nombor pendaftaran kenderaan yang salah.
  • Semua bayaran adalah muktamad dan sebarang pemulangan bayaran tidak akan  dilayan.
  • Pengguna dikehendaki hanya menggunakan petak letak kereta yang telah ditetapkan sebagai Letak Kereta Harian.
  • Sekiranya Terminal terdekat rosak atau tidak boleh berfungsi, Pengguna dikehendaki mengunakan Terminal yang lain.
  • Semua bayaran yang dibuat di Terminal adalah bayaran termasuk SST.

ii Kad Pra-bayar Touch ‘n Go di Terminal

  • Tempoh pembelian minima adalah satu (1) jam.
  • CityCarPark tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, kesalahan atau kecuaian Pengguna di dalam menggunakan kad pra-bayar Touch ‘n Go di  Terminal termasuk, tetapi tidak terhad kepada, memasukkan jangkamasa kegunaan yang salah dan/atau memasukkan nombor plet atau nombor pendaftaran kenderaan yang salah.
  • Semua bayaran adalah muktamad dan sebarang pemulangan bayaran tidak akan  dilayan.
  • Pengguna dikehendaki hanya menggunakan petak letak kereta yang telah ditetapkan sebagai Letak Kereta Harian.
  • Sekiranya Terminal terdekat rosak atau tidak boleh berfungsi, Pengguna dikehendaki mengunakan Terminal yang lain.
  • Semua bayaran yang dibuat di Terminal adalah bayaran termasuk SST.

iii. Applikasi Telefon Pintar

  • Tempoh pembelian minima adalah satu (1) jam dan tempoh berikutnya adalah  setengah (1/2) jam setiap pembelian seterusnya.
  • Semua kadar TIDAK TERMASUK SST dan sebarang caj yang dikenakan oleh bank.  Pengguna dikehendaki menanggung kos-kos sampingan ini.
  • CityCarPark tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, kesalahan atau kecuaian Pengguna di dalam menggunakan  applikasi telefon Pintar termasuk, tetapi tidak terhad kepada, memasukkan jangkamasa kegunaan yang salah dan/atau memasukkan nombor plet atau nombor pendaftaran kenderaan yang salah.
  • Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang masalah perisian, kerosakan, malware, virus¬, apa-apa masalah atau sebarang isu yang berkaitan dengan penggunaan applikasi telefon tersebut.
  • Semua bayaran adalah muktamad dan sebarang tuntutan pemulangan bayaran tidak akan dilayan.
  • Pengguna dikehendaki hanya menggunakan Petak-Petak Letak Kereta yang telah ditetapkan sebagai Letak Kereta Harian.

2.2 Pas Bulanan

a. Datuk Bandar Kuala Terengganu telah menetapkan  beberapa pas-pas bulanan yang boleh dibeli oleh Pengguna untuk kegunaan di Petak-Petak Letak Kereta. Penjualan Pas Bulanan adalah tertakluk kepada ketersediaan dan dijual atas dasar first come first serve.

b. Pas Bulanan adalah sah untuk tempoh minima selama satu (1) bulan dan untuk tempoh maksima selama dua belas (12) bulan.

c. Mana-mana Pengguna yang berminat untuk membeli Pas Bulanan dikehendaki membuat permohonan kepada kami tidak kurang dari 5 Hari Bekerja sebelum hari yang bakal digunakan.

d. Setelah permohonan diluluskan, Pengguna mesti membayar kadar bayaran yang ditetapkan sebelum berakhirnya 48 jam dari penghantaran notifikasi kelulusan oleh kami. Semua kelulusan yang diberikan adalah mengikut budi bicara kami,muktamad dan tidak boleh dicabar oleh Pengguna walau bagaimanapun.

e. Sekiranya Pengguna ingin melanjutkan tempoh Pas Bulanan, bayaran untuk lanjutan masa mesti dibuat satu (1) minggu sebelum berakhirnya tempoh Pas Bulanan tersebut.

f. Semua kadar TIDAK TERMASUK SST dan sebarang caj yang dikenakan oleh bank.  Pengguna dikehendaki menanggung kos-kos sampingan ini.

g. Bayaran hendaklah dibuat melalui on-line dan pengaktifan Pas Bulanan diperlukan sebelum ianya boleh diguna.  Notifikasi bayaran akan dihantar kepada Pengguna untuk mengaktifkan Pas Bulanan.

h. Untuk tujuan letak kereta mengunakan Pas Bulanan, Pengguna hanya boleh meletak kenderaannya di dalam Petak-Petak Letak Kereta.

i. Semua bayaran adalah muktamad dan sebarang tuntutan pemulangan bayaran tidak akan dilayan.

j. Pengguna dikehendaki hanya menggunakan Petak-Petak Letak Kereta yang telah ditetapkan sebagai Letak Kereta Harian.

2.3 Letak Kereta Khas

a. Datuk Bandar Kuala Terengganu telah menetapkan beberapa Petak-Petak Letak Kereta sebagai petak Letak Kereta Khas.  Penggunaan petak-petak Letak Kereta Khas ini boleh dibeli oleh Pengguna atas dasar first come first serve dan tertakluk kepada ketersediaan.

b. Tempoh minima penggunaan adalah tiga (3) bulan dan tempoh maksima adalah sembilan (9) bulan.

c. Mana-mana Pengguna yang berminat untuk membeli penggunaan Letak Kereta Khas dikehendaki membuat permohonan kepada kami tidak kurang dari 5 Hari Bekerja sebelum hari yang bakal digunakan.

d. Setelah permohonan diluluskan, Pengguna mesti membayar kadar bayaran yang ditetapkan sebelum berakhirnya 48 jam dari penghantaran notifikasi kelulusan oleh kami. Semua kelulusan yang diberikan adalah mengikut budi bicara kami, muktamad dan tidak boleh dicabar oleh Pengguna walau bagaimanapun.

e. Sekiranya Pengguna ingin melanjutkan tempoh penggunaan Letak Kereta Khas, bayaran untuk lanjutan tempoh yang diperlukan harus dibuat satu (1) minggu sebelum berakhirnya tempoh penggunaan.

f. Semua kadar TIDAK TERMASUK SST dan sebarang caj yang dikenakan oleh bank.  Pengguna dikehendaki menanggung kos-kos sampingan ini.

g. Bayaran hendaklah dibuat melalui on-line dan notifikasi bayaran akan dihantar kepada Pengguna.

h. Semua bayaran adalah muktamad dan sebarang tuntutan pemulangan bayaran tidak akan dilayan.

i. Pengguna dikehendaki hanya menggunakan petak Letak Kereta Khas yang telah ditetapkan dan CityCarPark akan mengecat sempadan petak tersebut dengan cat merah.

3.0 KESALAHAN DAN KOMPAUN

3.1 SILA AMBIL PERHATIAN bahawa semua Pengguna adalah tertakluk kepada undang-undang tadbir yang mentadbir kegunaan Petak-Petak Letak Kereta dan sekiranya Pengguna dikehendaki membayar denda atau kompoun kerana enggan, gagal dan/atau cuai untuk membayar kadar letak kereta untuk penggunaan Petak-Petak Letak Kereta atau atas sebab apa-apa kesalahan, maka kami tidak akan bertanggungjawab di dalam apa cara sekalipun. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, Pengguna mengaku di sini bahawa Pengguna tahu tentang dan mesti mengikut apa-apa atau semua undang-undang, perintah-perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berkuatkuasa terkini yang mentadbir penggunaan Petak-Petak Letak Kereta dan Pengguna bersetuju untuk membebaskan kami dari sebarang dan semua tuntutan, tindakan guaman dan kerugian yang berlaku akibat penggunaan Perkhidmatan kami.

3.2 Sekiranya Pengguna didenda atau dikenakan kompaun walaupun telah membayar kadar letak kereta yang ditetapkan melalui Perkhidmatan kami, Pengguna boleh memohon untuk pembatalan denda atau kompaun kepada kami dengan memberi bukti bayaran bersama dengan tiket kompaun kepada emel kami di cs.mbkt@citycarpark.com.my.

3.3 Sebarang permohonan untuk pembatalan denda atau kompaun mesti disertakan dengan:-

a. Untuk pembayaran yang dibuat di bawah Klausa 2.1ai – resit bayaran yang dikeluarkan oleh Terminal dan butir-butir penuh denda atau kompaun yang diterima;

b. Untuk pembayaran yang dibuat di bawah Klausa 2.1aii – resit bayaran yang dikeluarkan oleh Terminal dan butir-butir penuh denda atau kompaun yang diterima;

c. Untuk pembayaran yang dibuat di bawah Klausa 2.1aiii – pengesahan bayaran dan butir-butir penuh denda atau kompaun yang diterima;

d. Untuk Pengguna Pas Bulanan - pengesahan bayaran dan butir-butir penuh denda atau kompaun yang diterima;

e. Untuk Pengguna Letak Kereta Khas - pengesahan bayaran dan butir-butir penuh denda atau kompaun yang diterima.

3.4 Setelah pengesahan maklumat dan dokumen sokongan telah dibuat, kami akan memberitahu Pengguna akan keputusan permohonan. Sila ambil perhatian bahawa pengesahan boleh mengambil masa sehingga 5 hari bekerja.